10hb Julai 2013 - Kuliah Asas Ikatan (Pandu Puteri Kadet)


Assalamualaikum diucapkan kepada sidang pembaca yang setia...selamat menyambut Bulan Ramadhan...moga-moga bulan puasa ini banyak mengajar dan mendidik kita agar menjadi lebih tawadduk dan menjadi individu muslim yang berjaya di dunia dan akhirat hendaknya.... :)

Alhamdulillah, bersua lagi kita pada hari ini, Jumaat 12hb Julai 2013 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1434H...moga-moga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan di bulan Barakah yang di dalamnya terdapat malam seribu bulan, LailatulQadar..moga-moga usaha kita ini dipermudahkan Allah..insyaallah...

Sudah lama rasanya tidak bersua...rasanya hampir 3 minggu lebih tidak ada post berkaitan dengan unit beruniform kerana memberi laluan kepada program Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar semester 4...Alhamdulillah program BIG sudah pun berlalu dan syukur kerana segala yang dirancang sepanjang program berjalan degan baik tanpa sebarang masalah yang besar...Alhamdulillah..

Pada post kali ini, saya ingin memfokuskan pada aktiviti yang dijalankan oleh Unit Beruniform IPG-KPI iaitu kuliah asas ikatan bersama dengan Pemimpin Pandu Puteri Kadet, Puan Hashimah Hashim dan sesi fotografi bagi setiap unit beruniform...seperti biasa sebelum menjalankan aktiviti, setiap unit beruniform akan berkumpul di Dataran Gerko dan kali ini unit beruniform diketuai oleh Pandu Puteri Kadet yang bertugas...



Kuliah berkaitan asas ikatan yang dijalankan oleh Puan Hashimah Hashim lebih memfokuskan kepada ikatan-ikatan asas yang telah dipelajari oleh setiap unit beruniform...kiranya ini sebagai revision kepada para unit sebelum menempuh minggu perkhemahan yang akan dijalankan pada bulan September nanti...dalam sesi kuliah bersama Puan Hashimah ini, beliau banyak memperkenalkan asas-asas ikatan yang baru dan yang belum pernah diajar pada mana-mana unit..dapat dikatakan bahawa lebih 15 ikatan yang perlu dikuasai oleh setiap unit supaya bersedia menghadapi perkhemahan yang bakal dijalankan nanti...

Puan Hashimah juga banyak memberi info tentang jenis-jenis tali yang digunakan untuk membuat ikatan & simpulan antaranya tali Belati, Manila Hemp, tali Sisal, tali Nilon, tali Polister, dan tali Kapas...kesemua tali berfungsi mengikut tempat dan keadaan seperti di hutan, gunung dan sebagainya...di samping itu, beliau juga banyak memberi info tentang sebab-sebab yang boleh menyebabkan tali rosak antaranya tali dibasuh dengan air, tali dijemur di bawah panas mentari, dan tali dibiarkan bergulung...banyak manfaat yang dapat dikutip sepanjang kuliah singkat bersama Puan Hashimah berkaitan dengan asas ikatan...


Seterusnya para unit dilepaskan mengikut unit masing-masing untuk mempraktikkan teori yang telah dijalankan bersama Puan Hashimah....sebelum memulakan aktiviti ikatan, para unit KRS diberi penerangan oleh Mejar Halimi selaku ketua jurulatih KRS...setelah itu, para unit KRS diberi tali setiap seorang bagi mempraktikkan 5 ikatan asas yang telah diajar pada semester lepas antaranya ikatan buku sila, bunga keti, ikatan manuk, ikatan tindih kasih, dan ikatan simpul balak...Mejar Halimi telah memberi tugasan kepada para unit iaitu menyambungkan kesemua tali menggunakan jenis ikatan yang berbeza...suatu cabaran kepada para unit kerana masing-masing sudah lupa asas ikatan yang telah dipelajari sebelum ini.

Para unit mendengar penerangan dari Mejar Halimi


Para unit tekun mendengar 

Mejar Halimi menunjukkan contoh ikatan

Alhamdulillah aktiviti dapat dijalankan dengan baik sekali walaupun dalam keadaan penat berpuasa kerana hari pertama mungkin namun, itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh...hanya setakat ini sahajalah post untuk minggu pertama di bulan Ramadhan ini dan diharapkan moga-moga sidang pembaca sekalian sentiasa diberkati Allah dan sentiasa bersemangat berebut pahala-pahala yang dijanjikan Allah...hanya di Bulan Ramadhan sahaja...selamat menjalani ibadah puasa diucapkan dan moga-moga kita semua mendapat barakah dan keredhaan Allah hendaknya..insyaallah.. :)

p/s: disertakan untuk tatapan pembaca, sesi fotografi bersama AJK Tertinggi KRS 2013

segak bergaya

9hb Julai 2013 - Rindu Cinta Ramadhan


Menanti kehadiran Ramadhan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. Ia datang bertamu kembali pada mereka yang merinduinya.. menanti untuk menyayanginya.. menanti untuk berkasih dengannya.. menanti untuk bermadu mesra dengannya..
Kerna Cinta Ramadhan itu, tidak pernah luntur dan padam.. setianya kepada sekalian ummat, membuatkan hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. biar berkali jiwa Ramadhan di sakiti dan dicalari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..
rindu-ramadhan
Cinta Ramadhan itu terlalu mendalam.. padamu Ramadhan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan.. Sampaikan salamku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..
Oh Ramadhan,
kedatanganmu semakin hampir,
rinduku padamu semakin menggila,
kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,
kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.

Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,
supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,
Al quran, akan sentiasa ku bawa,
mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama

Bebarapa hari lagi tersisa
bekalan akan ku persiapkan secukupnya
kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta
cinta pada yang Maha Esa.

19hb Jun 2013 - Pembukaan Semester 4 Unit Beruniform IPG-KPI


Assalamualaikum w.b.t..sudah hampir sebulan lebih rasanya tidak bersua dengan sidang pembaca blog..harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa dan diberkati Allah selalu hendaknya...Alhamdulillah kita kini sudah pun berada di bulan Syaaban yang saya rasa kita sebagai umat islam sudah pasti tidak sabar-sabar untuk menyambut bulan yang di dalamnya terdapat seribu bulan...iaitu bulan Ramadhan...Moga-moga Allah memberikan kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah yang Allah sendiri telah menjanjikan pelbagai ganjarannya di dalam pelbagai sumber termasuk Al-Quran dan Hadis....moga Ramadhan kali ini kita akan dapat meningkatkan lagi segala amal kebajikan dengan lebih mantap lagi berbanding bulan-bulan lain...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Sekarang kita fokuskan pula kepada aktiviti unit beruniform IPG-KPI...pada 19hb Jun 2013, telah berlangsungnya perjumpaan kali pertama semester 4 bagi seluruh unit beruniform setelah kesemuanya bercuti hampir 3 minggu kiranya...dapat dilihat wajah-wajah keriangan di riak muka masing-masing tatkala dapat bertemu dengan rakan-rakan taulan masing-masing di dalam unit uniform...pada pertemuan kali pertama ini, seperti biasa nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, dan IPG-KPI pasti akan berkumandang di Dataran Gerko...

Tetapi pada perjumpaan pertama kali ini sangat menarik sangat menarik terutamanya bagi unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) kerana kami telah mengenakan sut lengkap uniform KRS...pelbagai posing yang ditunjukkan tatkala kamera dihalakan kepada mereka..masing-masing menunjukkan riak wajah yang gembira dengan sut masing-maisng....akhirnya penantian sut lengkap yang lama telah pun berakhir walaupun pelbagai masalah yang bagi saya sedikit melucukan kerana ada yang mengalami masalah seperti tali pinggang yang terlalu kecil sehingga mereka tidak dapat memakainya...hehe

Warriors KRS
Aktiviti unit beruniform pada minggu pertama ini adalah berkaitan dengan "perkhemahan"...saya pasti semester 4 ini pasti akan menjadi sesuatu yang sangat-sangat berharga kerana banyak aktiviti yang melibatkan unit beruniform akan dilaksanakan di luar tempat pengajian..sudah pasti ini akan menjadi lebih menarik...pada minggu pertama ini, jurulatih yang bertugas iaitu, En. Haris dan En. Tajudin telah memberi penerangan yang lengkap tentang perkhemahan dari segenap aspek seperti pemilihan tapak-tapak untuk berkhemah, barang-barang yang perlu dibawa semasa perkhemahanm, dan cara-cara untuk mendirikan khemah...saya pasti sudah ada yang biasa dengan aktiviti perkhemahan sewaktu di sekolah rendah dan menengah dahulu...bagi saya, ianya bolehlah dianggap sebagai 'added value' atau nilai tambah kepada anda untuk lebih mencari pengalaman di peringkat yang lebih jauh lagi...

Setelah En. Haris dan En. Tajudin selesai memberikan penerangan yang lengkap tentang perkhemahan, kami, para unit beruniform telah diberikan tugasan untuk mendirikan khemah yang telah dibekalkan berdasarkan dengan segala penerangan yang telah diberikan oleh jurulatih kami tadi...


Operasi mendirikan khemah

Alan tak buat kerja!!!


proses memasang 'tulang' khemah

tadaaa!!! khemah yang telah siap didirikan

KRS perempuan mendirikan khemah

wajah riang ahli KRS








Debaran Pilihanraya Umum ke-13




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli KRS khasnya dan kepada pembaca blog amnya...bagi sesiapa yang selalu mengikuti perkembangan blog ini sudah pasti akan perasan akan akan tajuk yang di 'post' pada hari ini...hari ini, post tentang Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) di mana ianya akan dilaksanakan pada 5hb Mei 2013 yang jatuh pada hari Ahad..bagi yang layak mengundi, selamat mengundi diucapkan kepada kalian..diharapkan kalian dapat membuat pilihan yang bijak dalam memilih pemimpin yang boleh mentadbir urusan negara ini dengan baik...kepada yang belum lagi layak mengundi, doa kalian sangat diperlukan waktu-waktu genting sebegini kerana jika dilihat pada keadaan politik semasa sekarang, saban hari dengan pelbagai masalah berlaku antara parti secara umumnya...hanya doa sahaja yang mempu dipanjatkan moga-moga segala masalah yang tidak diingini tidak berlaku terutama pada hari membuang undi nanti..


Diharapkan kalian pulang ke kampung halaman dengan selamat dan tidak terlibat dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan parti politik kerana politik ini bersih, kita yang mencorakkannya menjadi kotor.. zaman ini zaman perubahan..rakyat harus bijak memilih parti dan pucuk pimpinan yang betul jujur dalam mentadbir urus pentadbiran negara...tidak kiralah kalian mengundi parti mana sekalipun kerana itu hak anda selaku pengundi...jika dilihat zaman sekarang, setiap parti berusaha berlumba-lumba untuk memberi keyakinan kepada rakyat kerana masing-masing ingin mentadbir negara..

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA...BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK UNTUK KESENANGAN KITA BERSAMA...








17hb April 2013 Persediaan Menghadapi Persembahan Kawad bagi Penutup Semester 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ahli KRS terutamanya dan kepada semua yang sudi membaca blog ini…sudah lama rasanya tidak bersua dengan pembaca-pembaca setia blog..ini kerana pelajar-pelajar semester 3 IPG-KPI telah mengadakan beberapa program selama 2 minggu di samping pelajar-pelajar bercuti selama seminggu… banyak program-program yang melibatkan unit beruniform tidak dapat dilaksanakan… tidak terlalu lambat rasanya untuk saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kepada pensyarah Kokurikulum IPG-KPI, En. Azhar yang telah menyahut seruan Ilahi pada hari yang mulia iaitu pada hari Jumaat bersamaan dengan 17hb April 2013 akibat kemalangan…sesungguhnya kematian itu suatu kepastian kepada semua manusia tanpa ada yang mampu untuk melewatkan atau mempercepatkannya…sesungguhnya ia menjadi suatu pengajaran bagi manusia yang masih hidup bagi meneruskan kehidupan… Al-Fatihah 

 


Kita teruskan pada aktiviti melibatkan unit beruniform, masih tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada ahli KRS kerana telah menjuarai pertandingan kawad sempena Kejohanan Olahraga Tahunan 2013…moga momentum ini dapat kalian kekalkan harapnya.. pada 17hb April 2013 yang lalu, badan unit beruniform IPG-KPI telah berlangsung seperti biasa iaitu setiap badan unit beruniform akan berkumpul untuk menyanyikan lagu kebangsaan, lagu Negeri Selangor, dan lagu IPG-KPI.. seterusnya, Mejar Halimi telah memberikan ucapan alu-aluan kepada semua badan unit beruniform… setelah itu, Mejar Halimi telah memberitahu kepada kami bahawa minggu ini semua unit beruniform perlu membuat satu kawad formasi di mana ia akan dinilai pada 24hb April 2013 ini…sebelum itu, kami telah ditayangkan satu video berdurasi selama 10minit tentang kawad formasi oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS)… apa yang boleh kami perkatakan tentang kawad formasi? Susah untuk dilakukan terutama dalam masa yang hanya seminggu diberi kerana untuk mencapai keserasian antara satu sama lain juga mengambil masa yang lama. 




Seterusnya, semua unit beruniform diarahkan supaya untuk ke Astaka IPG-KPI untuk membuat latihan bagi persiapan untuk pertandingan kawad formasi dan telah dipecahkan mengikut unit masing-masing… bagi KRS pula, Mejar Halimi yang ‘turun padang’ melatih kami ahli-ahli KRS dalam melakukan persiapan bagi menghadapi pertandingan ini… walaupun pada awalnya ia amat susah dilakukan oleh semua ahli Kadet, namun dengan berkat kesabaran Mejar Halimi, sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila setiap ahli Kadet dapat mengikut segala arahan yang diberikan… ini merupakan kawad pertama bagi ahli KRS yang melibatkan gandingan antara lelaki dan perempuan kerana sebelum ini hanya melibatkan ahli kadet lelaki sahaja… moga dengan gandingan ini, dapat diterjemahkan dengan lebih baik harapnya….




6/3/2013 Majlis Pentauliahan Leftenan Muda KRS


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ahli KRS dan semua yang sudi membaca blog ini...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada parajurit-parajurit kita yang telah terkorban dan di sini saya mengajak rakan-rakan sidang pembaca blog agar sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan parajurit-parajurit dan rakyat sabah di sana...Al-Fatihah

27/2/2013 Hari yang ditunggu-tunggu


Assalamualaikum diucapkan kepada ahli-ahli KRS dan kepada yang sudi melawat blog KRS ini...tajuk minggu ini mungkin ada sedikit kelainan berbanding dengan minggu-minggu yang lain..jom same-same baca apakah kaitan tajuk ini dengan aktiviti KRS pada minggu ini...

Pada 27.2.2013 iaitu pada hari Rabu, seperti biasa kesemua badan unit beruniform IPG-KPI akan menjalani rutin mingguan iaitu berhimpun bersama-sama sebelum dilepaskan mengikut persatuan masing-masing. Seperti biasa selepas sahaja mendapat arahan keluar barisan, ahli-ahli KRS telah diarahkan oleh pengerusi KRS, iaitu Zahid Mohd Jais untuk berkumpul di dataran Gerko untuk slot bersama Mejar Halimi bin Naharawi..Seperti biasa Mejar Halimi akan bertanyakan khabar kepada ahli-ahli KRS kerana sudah lama tidak bersama beliau kerana beliau ada komitmen lain yang harus diselesaikan...

Untuk aktiviti KRS minggu ini ialah mengukur baju Uniform KRS masing-masing...kelihatan wajah-wajah ceria terpancar di muka ahli-ahli KRS masing-masing...seronok lerrr tu kn dpt baju seragam...haaaaa...sume muka da tak sabar-sabar dah kn nk ukur baju....

Seterusnya kami dibawa ke bilik kaunseling untuk sesi mengukur baju di badan sendiri...betul ke ayat tue?urmmm....Mejar Halimi telah menempah 3 orang tukang jahit yang dibawa khas dari luar IPG bagi mengambil ukuran untuk baju seragam kami...sebelum sesi mengambil ukuran, kami telah diberi maklumat oleh Mejar Halimi berkaitan dengan pakaian seragam untuk KRS....setelah selesai mendapat penerangan dari Mejar Halimi..maka ahli-ahli KRS diminta beratur untuk mengambil ukuran baju di badan masing-masing...macam tak betul je ayat tu...hihihi...di bawah disediakan gambar-gambar sepanjang aktiviti ahli-ahli KRS minggu ini....


Aktiviti bersama Mejar Halimi di Dataran GERKO IPG-KPI

Ahli2 KRS kusyuk mendengar penerangan dari Mejar Halimi


Fokus!!!!!

Ahli2 KRS menunggu giliran untuk diambil ukuran...


Mejar Halimi menunjukkan contoh baju seragam sambil diperhatikan oleh tukang jahit

contoh baju seragam yang akan dipakai nanti....

Borang yang perlu diisi sebelum diambil ukuran

Ahli2 KRS mendengar penerangan drpd Mejar Halimi


nama dia Arif Gunawan...

Akmaluddin dgn senyumannye mautnye....

Pengerusi KRS sedang posing sambil diambil ukuran badan....