10hb Julai 2013 - Kuliah Asas Ikatan (Pandu Puteri Kadet)


Assalamualaikum diucapkan kepada sidang pembaca yang setia...selamat menyambut Bulan Ramadhan...moga-moga bulan puasa ini banyak mengajar dan mendidik kita agar menjadi lebih tawadduk dan menjadi individu muslim yang berjaya di dunia dan akhirat hendaknya.... :)

Alhamdulillah, bersua lagi kita pada hari ini, Jumaat 12hb Julai 2013 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1434H...moga-moga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan di bulan Barakah yang di dalamnya terdapat malam seribu bulan, LailatulQadar..moga-moga usaha kita ini dipermudahkan Allah..insyaallah...

Sudah lama rasanya tidak bersua...rasanya hampir 3 minggu lebih tidak ada post berkaitan dengan unit beruniform kerana memberi laluan kepada program Bina Insan Guru (BIG) bagi pelajar semester 4...Alhamdulillah program BIG sudah pun berlalu dan syukur kerana segala yang dirancang sepanjang program berjalan degan baik tanpa sebarang masalah yang besar...Alhamdulillah..

Pada post kali ini, saya ingin memfokuskan pada aktiviti yang dijalankan oleh Unit Beruniform IPG-KPI iaitu kuliah asas ikatan bersama dengan Pemimpin Pandu Puteri Kadet, Puan Hashimah Hashim dan sesi fotografi bagi setiap unit beruniform...seperti biasa sebelum menjalankan aktiviti, setiap unit beruniform akan berkumpul di Dataran Gerko dan kali ini unit beruniform diketuai oleh Pandu Puteri Kadet yang bertugas...



Kuliah berkaitan asas ikatan yang dijalankan oleh Puan Hashimah Hashim lebih memfokuskan kepada ikatan-ikatan asas yang telah dipelajari oleh setiap unit beruniform...kiranya ini sebagai revision kepada para unit sebelum menempuh minggu perkhemahan yang akan dijalankan pada bulan September nanti...dalam sesi kuliah bersama Puan Hashimah ini, beliau banyak memperkenalkan asas-asas ikatan yang baru dan yang belum pernah diajar pada mana-mana unit..dapat dikatakan bahawa lebih 15 ikatan yang perlu dikuasai oleh setiap unit supaya bersedia menghadapi perkhemahan yang bakal dijalankan nanti...

Puan Hashimah juga banyak memberi info tentang jenis-jenis tali yang digunakan untuk membuat ikatan & simpulan antaranya tali Belati, Manila Hemp, tali Sisal, tali Nilon, tali Polister, dan tali Kapas...kesemua tali berfungsi mengikut tempat dan keadaan seperti di hutan, gunung dan sebagainya...di samping itu, beliau juga banyak memberi info tentang sebab-sebab yang boleh menyebabkan tali rosak antaranya tali dibasuh dengan air, tali dijemur di bawah panas mentari, dan tali dibiarkan bergulung...banyak manfaat yang dapat dikutip sepanjang kuliah singkat bersama Puan Hashimah berkaitan dengan asas ikatan...


Seterusnya para unit dilepaskan mengikut unit masing-masing untuk mempraktikkan teori yang telah dijalankan bersama Puan Hashimah....sebelum memulakan aktiviti ikatan, para unit KRS diberi penerangan oleh Mejar Halimi selaku ketua jurulatih KRS...setelah itu, para unit KRS diberi tali setiap seorang bagi mempraktikkan 5 ikatan asas yang telah diajar pada semester lepas antaranya ikatan buku sila, bunga keti, ikatan manuk, ikatan tindih kasih, dan ikatan simpul balak...Mejar Halimi telah memberi tugasan kepada para unit iaitu menyambungkan kesemua tali menggunakan jenis ikatan yang berbeza...suatu cabaran kepada para unit kerana masing-masing sudah lupa asas ikatan yang telah dipelajari sebelum ini.

Para unit mendengar penerangan dari Mejar Halimi


Para unit tekun mendengar 

Mejar Halimi menunjukkan contoh ikatan

Alhamdulillah aktiviti dapat dijalankan dengan baik sekali walaupun dalam keadaan penat berpuasa kerana hari pertama mungkin namun, itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh...hanya setakat ini sahajalah post untuk minggu pertama di bulan Ramadhan ini dan diharapkan moga-moga sidang pembaca sekalian sentiasa diberkati Allah dan sentiasa bersemangat berebut pahala-pahala yang dijanjikan Allah...hanya di Bulan Ramadhan sahaja...selamat menjalani ibadah puasa diucapkan dan moga-moga kita semua mendapat barakah dan keredhaan Allah hendaknya..insyaallah.. :)

p/s: disertakan untuk tatapan pembaca, sesi fotografi bersama AJK Tertinggi KRS 2013

segak bergaya

0 comments:

Post a Comment