6/3/2013 Majlis Pentauliahan Leftenan Muda KRS


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ahli KRS dan semua yang sudi membaca blog ini...terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada parajurit-parajurit kita yang telah terkorban dan di sini saya mengajak rakan-rakan sidang pembaca blog agar sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan parajurit-parajurit dan rakyat sabah di sana...Al-Fatihah



Berbalik semula pada majlis petang tadi...bertarikh 6hb Mac 2013 telah berlangsungnya “Majlis Pentauliahan Leftenan Muda” kepada ahli KRS senior semester 5 di IPG-KPI. Program tersebut telah berlangsung di Dewan Besar Nik Mohyiden Musa, IPG-KPI yang disempurnakan oleh Tn. Haji Mohd Musleh b. Yunos merangkap wakil kepada Pengarah IPG-KPI, Yang Berbahagia Tn. Haji Osman bin Hussain.

Program tersebut telah berlangsung tepat jam 3 petang tadi setelah membuat segala persiapan yang lengkap...program tersebut dihadiri oleh semua pelajar semester 3 yang terdiri daripada pelbagai persatuan seperti Persatuan Pengakap, Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri Islam Malaysia, dan Puteri Islam serta dihadiri juga jurulatih-jurulatih daripada pelbagai persatuan. Majlis ini diadakan bersempena untuk mengurniakan watikah pentauliahan “Leftenan Muda” kepada ahli-ahli KRS semester 5 yang telah melepasi segala ujian dan halangan untuk menjadikan mereka layak bergelar “Leftenan Muda” dalam KRS...seramai 53 orang ahli KRS telah berjaya ditauliahkan dengan gelaran “Leftenan Muda” yang disempurnakan oleh Tn. Haji Musleh b. Yunos...



Majlis pentauliahan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Puan Nor Annisa binti Kadri merangkap Ketua Unit Kurikulum...beliau banyak memberi suntikan semangat kepada ahli KRS semester 3 supaya dapat mencontohi senior-senior KRS agar dapat menjadikan KRS sentiasa di hadapan dan sentiasa cemerlang dalam unit beruniform. Selain itu, beliau juga banyak memuji program-program sedia ada yang telah diadakan pada setiap badan unit beruniform kerana dengan adanya program-program mantap seperti ini akan melatih bakal-bakal guru agar lebih bersedia menghadapi segala mehnah dan tribulasi dalam kehidupan kelak....



Seterusnya, bagi acara kemuncak, Tn. Hj Musleh b. Yunos telah diberi mandat untuk merasmikan majlis pentauliahan ini serta mengurniakan sijil pentauliaan kepada ahli KRS yang bakal bergelar Leftenan Muda ini. Dalam ucapan beliau, beliau banyak memberi suntikan semangat serta dorongan kepada kesemua badan uniform yang hadir agar sentiasa mengambil peluang ini untuk berbakti kepada masyarakat. Beliau juga memuji usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak IPG-KPI kerana banyak menyediakan program-program berunsurkan kemasyarakatan di mana program-program seumpama ini sangat perlu terutama kepada bakal-bakal guru untuk diterjemahkan apabila berada dalam masyarakat kelak.


Ahli KRS lelaki menerima watikah pentauliahan

Ahli KRS memberi tabik hormat selepas menerima watikah pentauliahan

Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu iaitu watikah pentauliahan Leftenan Muda kepada ahli KRS semester 5 di mana setiap ahli KRS dipanggil untuk menerima watikah pentauliahan daripada Tn. Haji Musleh b. Yunos merangkap wakil kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi yang tidak dapat hadir...


Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan Majlis Pentauliahan Leftenan Muda sem 5...











































Barisan ahli KRS sem 5




Amanat Tn Hj Musleh





Jurulatih dari pelbagai Badan Uniform























































































Barisan ahli KRS sem 5

santai~~~





0 comments:

Post a Comment