17hb April 2013 Persediaan Menghadapi Persembahan Kawad bagi Penutup Semester 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ahli KRS terutamanya dan kepada semua yang sudi membaca blog ini…sudah lama rasanya tidak bersua dengan pembaca-pembaca setia blog..ini kerana pelajar-pelajar semester 3 IPG-KPI telah mengadakan beberapa program selama 2 minggu di samping pelajar-pelajar bercuti selama seminggu… banyak program-program yang melibatkan unit beruniform tidak dapat dilaksanakan… tidak terlalu lambat rasanya untuk saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kepada pensyarah Kokurikulum IPG-KPI, En. Azhar yang telah menyahut seruan Ilahi pada hari yang mulia iaitu pada hari Jumaat bersamaan dengan 17hb April 2013 akibat kemalangan…sesungguhnya kematian itu suatu kepastian kepada semua manusia tanpa ada yang mampu untuk melewatkan atau mempercepatkannya…sesungguhnya ia menjadi suatu pengajaran bagi manusia yang masih hidup bagi meneruskan kehidupan… Al-Fatihah 

 


Kita teruskan pada aktiviti melibatkan unit beruniform, masih tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada ahli KRS kerana telah menjuarai pertandingan kawad sempena Kejohanan Olahraga Tahunan 2013…moga momentum ini dapat kalian kekalkan harapnya.. pada 17hb April 2013 yang lalu, badan unit beruniform IPG-KPI telah berlangsung seperti biasa iaitu setiap badan unit beruniform akan berkumpul untuk menyanyikan lagu kebangsaan, lagu Negeri Selangor, dan lagu IPG-KPI.. seterusnya, Mejar Halimi telah memberikan ucapan alu-aluan kepada semua badan unit beruniform… setelah itu, Mejar Halimi telah memberitahu kepada kami bahawa minggu ini semua unit beruniform perlu membuat satu kawad formasi di mana ia akan dinilai pada 24hb April 2013 ini…sebelum itu, kami telah ditayangkan satu video berdurasi selama 10minit tentang kawad formasi oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS)… apa yang boleh kami perkatakan tentang kawad formasi? Susah untuk dilakukan terutama dalam masa yang hanya seminggu diberi kerana untuk mencapai keserasian antara satu sama lain juga mengambil masa yang lama. 




Seterusnya, semua unit beruniform diarahkan supaya untuk ke Astaka IPG-KPI untuk membuat latihan bagi persiapan untuk pertandingan kawad formasi dan telah dipecahkan mengikut unit masing-masing… bagi KRS pula, Mejar Halimi yang ‘turun padang’ melatih kami ahli-ahli KRS dalam melakukan persiapan bagi menghadapi pertandingan ini… walaupun pada awalnya ia amat susah dilakukan oleh semua ahli Kadet, namun dengan berkat kesabaran Mejar Halimi, sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila setiap ahli Kadet dapat mengikut segala arahan yang diberikan… ini merupakan kawad pertama bagi ahli KRS yang melibatkan gandingan antara lelaki dan perempuan kerana sebelum ini hanya melibatkan ahli kadet lelaki sahaja… moga dengan gandingan ini, dapat diterjemahkan dengan lebih baik harapnya….